Powered By Blogger

Monday, July 31, 2017

NEW TOY - FACIAL SOAP UNTUK KULIT BERMASALAH


Sebelum ni, pada hujung tahun 80an Akak memang dah jalankan projek Mobile Spa. Dan Akak amat berminat dalam bab tegang menegangkan kulit muka dan buah dada.

Masa tu ke sana ke sini Akak di panggil untuk membuat FACIAL dan MENEGANGKAN muka customer. Kebiasaannya Akak cuma terima 5 orang customer pada sesuatu masa. Cuma yang minta urutan dan  pemakaian mask penegang buah dada je yang boleh sorang2....hehehe

Dan Akak Amat teruja bila dapat gi Belajar Buat Sabun Muka. Sebenarnya bertahun dah Akak mencari bengkel ni, yang ada nuuun kat Terengganu.


Sebelum ke bengkel, Akak dah siap google apa bahan-bahan yang di perlukan untuk buat Facial Soap. Balik je dari bengkel Akak terus je buat dengan bahan yang sedia ada.




GLISERIN Ialah Bahan Asas Untuk Membuat Facial Soap.

Sabun Homemade Yang Di Perbuat Dari GLISERIN Tidak Mengandungi Bahan Pengeras Sabun Atau Pengawet.

GLISERIN Adalah Bahan Mentah Yang Diperolehi Daripada Hasilan Kelapa Sawit. Kandungan Gliserin Dalam Sabun Penting Kerana Ia Bertindak Sebagai Pelembab.

Apabila Wajah Yang Dibersihkan Mengguna Sabun Biasa, Lapisan Minyak Semulajadi Pada Permukaan Kulit Akan Hilang. Glycerin Yang Ada Dalam Sabun HomeMade Akan Tertinggal Pada Permukaan Kulit Dan Akan Memerangkap Partikal Air Dalam Udara Dan Membentuk Satu Lapisan Lembapan Di Permukaan Kulit.