Powered By Blogger

Thursday, January 8, 2009

MENYINGKAP KEMBALI...

1997  
Pada asalnya menjual Baju Kurung Tulang Belut jahitan sendiri dan Aksesori Hiasan Wanita dikilang-kilang elektronik diSungai Way Free Trade Zone. 

2003 - 2006
Coordinator dan Membekal bahan-bahan mentah untuk :
  • Kursus Melukis Atas Gelas, Deco Napkin dan Glass Etching
  • Kursus Gubahan Hantaran dan Hiasan Pengantin
  • Kursus Gubahan Bunga Segar dan Bunga Tiruan/ Plastik
  • Kursus Memproses Makanan
  • Kursus Menjahit Asas - Baju Kurung
- Tenaga Pengajar untuk Kursus Melukis Atas Gelas, Deco Napkin dan Glass Etching
- Tenaga Pengajar untuk Kursus Gubahan Hantaran dan Hiasan Pengantin
- Tenaga Pengajar untuk Kursus Asas Sulaman Manik dan Labuci


MANIK DAN LABUCI
Kegiatan menjahit manik dan labuci ini sebenarnya dah lama...sejak tahun 1993 lagi dan baju pertama yang dijahit adalah baju pengantin kain lace berwarna pink. Baju tu masih tersimpan dengan baik dan baru kelmarin, 5hb Januari 09, tunjukkan pada Kak Long dan Mala, pekerja pembersih kawasan yang datang kerumah.

Sekitar 1994, membantu mertua, yang ketika itu Mak Andam, menjahit manik dan labuci pada pakaian pengantin (songket Terengganu dan baldu) untuk disewa kepada bakal-bakal pengantin. Jahit net, crown dari kain satin dan songkok ala-ala Al-Jawaher untuk pengantin yang nak tutup aurat.

Waktu itu, hiasan manik dan labuci ni lebih kepada diri sendiri dan anak saya, Farra. Bab-bab jejurai ni tak usah cerita lah....jejurai pada tudung mesti sama dengan anak tudung, bermacam-macam warna yang ada....Farra pulak, semasa mengandam dan menjadi pengapit kepada kawan-kawannya akan memakai kebaya berlabuci....mengalahkan pengantin sendiri. Habih!...dah mak dia rajin buat tu semua untuk dia...anak pompuan sorang la katakan....masa tu je ler...

1998, setelah lebih 5 tahun , hati dah boring nak memakai dan menyimpan tudung berlabuci dan berjejurai tu...maka beruntung lah Bibah, yang duduk didepan rumah. Suka tak terkata dapat tudung....punya lah banyak, setiap satu ada anak tudung pulak tuh!

AMBIL UPAH
Pernah jugak ambil upah jahit manik, itu pun sekali saja pada tahun 1997, itu pun untuk sepupu yang puas minta tolong jahit labuci pada baju kebayanya. Bila dah siap, dia tanya "Berapa, kak?" "Entah? Biasa kau bayar berapa? Kau bagi je lah berapa kau suka". Dia bagi RM180.00 separuh dari harga yang dia biasa bayar pada tukang jahit cina....wow!...kan?

Modalnya:
Labuci RM6 sepeket
Batu Bujur RM0.25 sen sebiji x 20 biji = RM5
Manik Bulat RM 0.90 sepeket = RM11.90