Powered By Blogger

Saturday, March 21, 2009

TERKENANG WAKTU SILAM

Teringat masa kerja sebagai Marketing Executive kat Pan Resorts Bhd dalam tahun 1990 hingga 1993. Pan Resorts ni sebuah syarikat yang mengendalikan Time Sharing Holidays. Yang masih ingat kawan-kawan sekerja: Marketing Department - Hider, Eddie (adik Aman Shah), Aaron Chiang (mamat ni dah masuk Islam, lupa plak nama Islam dia), Ellie, Azlan Azman) most of them graduate HotCat, ITM, Shah Alam...belajar HotCat...buat sales...wakakaka!), Roslan d Officerboy cum Despatch Rider, Zurina d receptionist, Sunidza alias Bongek - Customer Relations, Jane alias Cha'ah (nama betul dia Azhar...budak Cheras)..mak windu ko, nyah oi!!!

Sales Quota memang marvelous masa tu. Ada kala dapat close 5 at one time. Well... recommendation bagus dari good friend and ex colleague masa bekerja di Asie Group Of Companies, Tengku Mohd Zairuddeen. He had good connections in all the oil and gas companies...Shell, Esso, Petronas n what not. 

As the saying goes...Work Smart Not Hard and so did I. Orang lain jumpa customer hari-hari, cakap berbuih-buih, kita juz call office 'boss, I'm going to Terengganu ler so I won't be in the office today but I'll be back tomorrow aaar.?'
Tiket kapal terbang SiBongek dah tolong bookkan. Pergi sebelah pagi, petang dah rileks kat umah. Esok gi office serahkan sale kat boss...bukan 1 tapi 2. Ada sekali tu gi Esso, Port Dickson...close sale sampai 5, babe...Marketing Executive yang lain melopong je...


Bila dah reach quota, maka tak kan nak duduk je dalam ofis macam bangang, kan? Kadang-kadang keluar ikut Cha'ah jumpa geng-geng dia...JoJo kat kedai bunga BB Plaza, Seri kat Public Bank, Gina. Kitorang gi BB Plaza nak jumpa one of Cha'ah's gang yang kerja as promoter disitu. Mamat-mamat handsome pandang je sambil jerit 'Minah yang last sekali tu yang paling cun'. Mana tak cun nya, kita perempuan tulen, bang.


Dekat setahun tak kerja, customer dan bakal customer dah dikobeh dek Marketing Executive yang lain. Tak menjadi masalah. Nak jumpa customer baru tak boleh lagi sebab dah ada perubahan, resorts dan tempat penginapan dah bertambah jadi terpaksa duduk dalam ofis buat kajian. Tak best ler jumpa customer tergagap-gagap cerita pastu kita pulak yang terbelek-belek fail cari information. Kan elok kalau bercakap dengan customer, kita bercakap dengan lancar, customer yang belek fail tengok gambar-gambar dan tempat baru....main mata je...isy.. eye contact ler!
Elok juga kalau jumpa customer tu sorang-sorang, kalau dia bawak kawan yang SNIOP (Subject to Negative Information from Other People), bukak cerita lain je ler...set appointment baru.

Thursday, March 19, 2009

TERKENANG WAKTU SILAM

Mula Berjinak-jinak Dalam Bidang Jahitan Ni Masa Mak Suruh Jahitkan Cushion cover Untuk Hari Raya. Masa Tu Umur Baru Masuk 13 Tahun Going On 24 Dan Tinggal Di Lorong Keramat 7, Kampung Datuk Keramat.

Pueh Membelek Sarung Kusyen (Kira Contoh Ler Tu) Yang Ada... Camana Gaya Nak Buat??? Memang Ler Kusyen Tu Square Je...Memang Lah Tak Payah Bagi Yang Dah Biasa Jahit, Kan? Belek Punya Belek, Lama Baru Dapat Cara Nak Membuat Er.

Masa Tu Pakai Mesin Jahit Singer (Toyoya Kayola) Tinggalan Arwah Mak. Sowwi Ler... Mak Yang Suwuh Jahit Sarung Kusyen Tu Adalah Mak Tiri Yang Bela Adik Beradik Sejak Abang Yang Sulong Berumur 9 Tahun Dan Akak 5 Tahun Lagi Bila Arwah Bapak Menikah Semula Selepas Kematian Mak Kami. Kita Panggil Beliau Mak Sonah Golang Lah, Ya.

Mak Sonah Golang Berasal Dari Kampung Sungai Lalang, Semenyih, Kajang.

Balik Ke Senario Jahit Kusyen....
Akak Teriak 'Ooo Mak, Zipnya Mana, Nak Dijahitkan Kat Sarung Ni Hah'. Mak Laung Dari Dapur 'Takyah Zip-Zip Deh, Kau Buatkan Tali Je ...Ikat.. Sarongkan Je Senang Macam Sarong Bantal Tu'...

Aisei...Kena Buat Tali Ler Pulak...Kena Tukar Strategik. Tu Ler Kali Pertama Akak Merekacipta Sarung Kusyen Berikat.

Tak Lama Lepas Tu, Mak Campak Kain Sambil Cakap 'Ni Hah, Tolong Jahitkan Ni, Ikut Baju Ni..' Alamaaaaak... Baju Melayu Cekak Musang!!!! Don't Worry... Be Happy... Semuanya Jadi.... Cantik Plak Jahitan Baju... Kemas Je... (Ni Kenyataan Bukan Angkat Bakul)..

Terima Kasih Tak Terrhingga Di Ucapkan, Kalau Mak Tak Buat Camtu Dulu Tak Tau Lah Apa Jadi. Jadi Manusia Gak Ler.

Walaupun Tak Pernah Belajar Dari Mana-Mana Institusi Jahitan Ketika Itu, Hanya Dengan Akal Fikiran Yang Diberi Allah Subhanahu Wataala, Jika Digunakan Dengan Cara Yang Baik, Maka Baik Lah Hasilnya....AMIIIIIIIIN

Friday, March 6, 2009

SULAMAN MANIK TAMPAL


Songket Biru ini adalah salah satu koleksi Sulaman Manik Tampal. Tepi baju dihiasi dengan deretan batu permata tiruan yang dibeli dikedai Bunga dan Reben di Jalan TAR. 


Farra dengan Songket Purple, dijahit dengan Sulaman Manik Tampal yang ditaburi Manik Mutiara warna putih, disulami dengan Tali Emas sebagai border tepi baju dan kain, dihias dengan batu warna purple....pueh nak memintal tali omeh tu....meliut liut. Perhatikan tarikh yang terpampang pada gambar ini...19/04/1997, kan? Lama dah tu...tapi sekarang dah keluar balik fesyen Manik Tampal ni...



Selain dari Sulaman Manik Tampal, Songket Hijau ni ditaburi dengan
Manik Mutiara warna emas.