Powered By Blogger

Saturday, March 21, 2009

TERKENANG WAKTU SILAM

Teringat masa kerja sebagai Marketing Executive kat Pan Resorts Bhd dalam tahun 1990 hingga 1993. Pan Resorts ni sebuah syarikat yang mengendalikan Time Sharing Holidays. Yang masih ingat kawan-kawan sekerja: Marketing Department - Hider, Eddie (adik Aman Shah), Aaron Chiang (mamat ni dah masuk Islam, lupa plak nama Islam dia), Ellie, Azlan Azman) most of them graduate HotCat, ITM, Shah Alam...belajar HotCat...buat sales...wakakaka!), Roslan d Officerboy cum Despatch Rider, Zurina d receptionist, Sunidza alias Bongek - Customer Relations, Jane alias Cha'ah (nama betul dia Azhar...budak Cheras)..mak windu ko, nyah oi!!!

Sales Quota memang marvelous masa tu. Ada kala dapat close 5 at one time. Well... recommendation bagus dari good friend and ex colleague masa bekerja di Asie Group Of Companies, Tengku Mohd Zairuddeen. He had good connections in all the oil and gas companies...Shell, Esso, Petronas n what not. 

As the saying goes...Work Smart Not Hard and so did I. Orang lain jumpa customer hari-hari, cakap berbuih-buih, kita juz call office 'boss, I'm going to Terengganu ler so I won't be in the office today but I'll be back tomorrow aaar.?'
Tiket kapal terbang SiBongek dah tolong bookkan. Pergi sebelah pagi, petang dah rileks kat umah. Esok gi office serahkan sale kat boss...bukan 1 tapi 2. Ada sekali tu gi Esso, Port Dickson...close sale sampai 5, babe...Marketing Executive yang lain melopong je...


Bila dah reach quota, maka tak kan nak duduk je dalam ofis macam bangang, kan? Kadang-kadang keluar ikut Cha'ah jumpa geng-geng dia...JoJo kat kedai bunga BB Plaza, Seri kat Public Bank, Gina. Kitorang gi BB Plaza nak jumpa one of Cha'ah's gang yang kerja as promoter disitu. Mamat-mamat handsome pandang je sambil jerit 'Minah yang last sekali tu yang paling cun'. Mana tak cun nya, kita perempuan tulen, bang.


Dekat setahun tak kerja, customer dan bakal customer dah dikobeh dek Marketing Executive yang lain. Tak menjadi masalah. Nak jumpa customer baru tak boleh lagi sebab dah ada perubahan, resorts dan tempat penginapan dah bertambah jadi terpaksa duduk dalam ofis buat kajian. Tak best ler jumpa customer tergagap-gagap cerita pastu kita pulak yang terbelek-belek fail cari information. Kan elok kalau bercakap dengan customer, kita bercakap dengan lancar, customer yang belek fail tengok gambar-gambar dan tempat baru....main mata je...isy.. eye contact ler!
Elok juga kalau jumpa customer tu sorang-sorang, kalau dia bawak kawan yang SNIOP (Subject to Negative Information from Other People), bukak cerita lain je ler...set appointment baru.

Thursday, March 19, 2009

TERKENANG WAKTU SILAM

Mula berjinak-jinak dalam bidang jahitan ni masa mak suruh jahitkan cushion cover untuk Hari Raya. Masa tu umur baru masuk 13 tahun going on 24 dan tinggal di Lorong Keramat 7, Kampung Datuk Keramat. Pueh membelek sarung kusyen yang ada...camana gaya nak buat??? Memang ler kusyen tu square je...memang lah tak payah bagi yang dah biasa jahit, kan? Belek punya belek baru dapat cara nak membuek e. Masa tu pakai mesin jahit Singer (toyoya kayola) tinggalan arwah mak. Sowwi ler...mak yang suwuh jahit sarung kusyen tu...mak tiri yang bela kita, abang, kakak dan adik-adik dari umur kita 5 tawun lagi, tauuu. Kita panggil dia Mak Sonah Golang lah ...sonang cerito...Mak Sonah Golang berasal dari Kampung Sungai Lalang, Semenyih, Kajang. Balik ke senario jahit kusyen....kita teriak 'ooo mak, zipnya mana, nak dijahitkan kat sarung ni hah'. Mak laung dari dapur 'Takyah zip-zip deh, kau buek je tali...ikek...sonang macam saong(bukan typo error) bantal tu je' Aisei...kena buat tali ler pulak...kena tukar strategik. Tu ler kali pertama mereka cipta sarung kusyen berikat. Tak lama lepas tu, Mak Sonah Golang campak kain seraya berkata 'ni hah, tolong jahitkan ni, ikut baju ni..' Alamaaaaak...baju melayu cekak musang!!!! Don't worry...be happy...semuanya jadi....cantik plak jahitan tu...komeh je. Terima kasih yang tak terhingga kita ucapkan, kalau Mak Sonah Golang tak buek camtu dulu tak tau lah apa jadi. Jadi manusia gak ler. Walaupun tak pernah belajar dimana-mana institusi jahitan, hanya dengan akal fikiran yang tuhan beri, jika digunakan dengan cara yang baik, baik lah jadinya....AMIIIIIIIIN

Friday, March 6, 2009

SULAMAN MANIK TAMPAL


Songket Biru ini adalah salah satu koleksi Sulaman Manik Tampal. Tepi baju dihiasi dengan deretan batu permata tiruan yang dibeli dikedai Bunga dan Reben di Jalan TAR. 


Farra dengan Songket Purple, dijahit dengan Sulaman Manik Tampal yang ditaburi Manik Mutiara warna putih, disulami dengan Tali Emas sebagai border tepi baju dan kain, dihias dengan batu warna purple....pueh nak memintal tali omeh tu....meliut liut. Perhatikan tarikh yang terpampang pada gambar ini...19/04/1997, kan? Lama dah tu...tapi sekarang dah keluar balik fesyen Manik Tampal ni.... 



Selain dari Sulaman Manik Tampal, Songket Hijau ni ditaburi dengan
Manik Mutiara warna emas.

Thursday, January 8, 2009

MENYINGKAP KEMBALI...

1997  
Pada asalnya menjual Baju Kurung Tulang Belut jahitan sendiri dan Aksesori Hiasan Wanita dikilang-kilang elektronik diSungai Way Free Trade Zone. 

2003 - 2006
Coordinator dan Membekal bahan-bahan mentah untuk :
  • Kursus Melukis Atas Gelas, Deco Napkin dan Glass Etching
  • Kursus Gubahan Hantaran dan Hiasan Pengantin
  • Kursus Gubahan Bunga Segar dan Bunga Tiruan/ Plastik
  • Kursus Memproses Makanan
  • Kursus Menjahit Asas - Baju Kurung
- Tenaga Pengajar untuk Kursus Melukis Atas Gelas, Deco Napkin dan Glass Etching
- Tenaga Pengajar untuk Kursus Gubahan Hantaran dan Hiasan Pengantin
- Tenaga Pengajar untuk Kursus Asas Sulaman Manik dan Labuci


MANIK DAN LABUCI
Kegiatan menjahit manik dan labuci ini sebenarnya dah lama...sejak tahun 1993 lagi dan baju pertama yang dijahit adalah baju pengantin kain lace berwarna pink. Baju tu masih tersimpan dengan baik dan baru kelmarin, 5hb Januari 09, tunjukkan pada Kak Long dan Mala, pekerja pembersih kawasan yang datang kerumah.

Sekitar 1994, membantu mertua, yang ketika itu Mak Andam, menjahit manik dan labuci pada pakaian pengantin (songket Terengganu dan baldu) untuk disewa kepada bakal-bakal pengantin. Jahit net, crown dari kain satin dan songkok ala-ala Al-Jawaher untuk pengantin yang nak tutup aurat.

Waktu itu, hiasan manik dan labuci ni lebih kepada diri sendiri dan anak saya, Farra. Bab-bab jejurai ni tak usah cerita lah....jejurai pada tudung mesti sama dengan anak tudung, bermacam-macam warna yang ada....Farra pulak, semasa mengandam dan menjadi pengapit kepada kawan-kawannya akan memakai kebaya berlabuci....mengalahkan pengantin sendiri. Habih!...dah mak dia rajin buat tu semua untuk dia...anak pompuan sorang la katakan....masa tu je ler...

1998, setelah lebih 5 tahun , hati dah boring nak memakai dan menyimpan tudung berlabuci dan berjejurai tu...maka beruntung lah Bibah, yang duduk didepan rumah. Suka tak terkata dapat tudung....punya lah banyak, setiap satu ada anak tudung pulak tuh!

AMBIL UPAH
Pernah jugak ambil upah jahit manik, itu pun sekali saja pada tahun 1997, itu pun untuk sepupu yang puas minta tolong jahit labuci pada baju kebayanya. Bila dah siap, dia tanya "Berapa, kak?" "Entah? Biasa kau bayar berapa? Kau bagi je lah berapa kau suka". Dia bagi RM180.00 separuh dari harga yang dia biasa bayar pada tukang jahit cina....wow!...kan?

Modalnya:
Labuci RM6 sepeket
Batu Bujur RM0.25 sen sebiji x 20 biji = RM5
Manik Bulat RM 0.90 sepeket = RM11.90