Powered By Blogger

Tuesday, July 16, 2019







KEMALANGAN 12 JULAI 2019 (JUMAAT)
Malang Tak Berbau Tapi Tampak Jelas Kat Mata Akak Apa Yang Akan Berlaku. Apakan Daya Tak Mampu Nak Mengelak. Walau Dia Ngaku Salah Sebab Nak Cepat Gi Amik Exam, Buat U-Turn Tanpa Berhenti, Tanpa Menoleh Ke Kiri...

Allahu Akbar... Akak Cuma Mampu Istighfar Dan Braised Myself For The Impact... Mohon Jangan Kena Passenger's Side.
Alhamdulillah.. Takde Yang Cedera. 4 Org Lagi Budak2 TAR UC Yang Menumpang Alza Tu Menggegel2 Ketakutan. Kesian Pulak Kat Dorg.


Kemalangan Ini Berlaku DiHadapan Pagar Besar Wardieburn Camp.

**********************************************************

MORAL OF THE STORY

Korang, Takde Faedahnya Kalau Takde Kesabaran Ketika Memandu. Kau Bayangkan Lah Kelajuan Pelumba Lari 100 Meter ..Ada Yang 13 Saat, Ada Yang Kurang Dari Tu. Ini Plak Kereta Yang Tengah Bergerak Dalam 60 Km/J... Apa Salah Tunggu Sekejaaaap Je... Sibaik Kena Tang Lain, Kalau Kena Tang Pintu Yang Di Perbuat Dari Tin Can Tu...Allahu...


AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994






AKTA  KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994
(DOMESTIC VIOLENCE ACT 1994)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Akak Mula Mengenali Akta Ini Pada 1995 Ketika Aktif Dengan Rukun Tetangga, Di Perkenalkan Oleh Pengerusi Rukun Tetangga Kawasan Melayu, Petaling Jaya (RT3) Beberapa Bulan Selepas Akta Ini Di Ujudkan.

Pada 1996, Sebagai  Ibu Tunggal, Akak Mula Aktif Di Bawah Hal Ehwal Wanita (HAWA) Di Bawah Jabatan Perpaduan Dimana Menterinya Ketika Itu Adalah Datin Paduka Zaleha Ismail Yang Kemudiannya Di Ganti Oleh Zahara Sulaiman. Setiap Bulan Kami Akan Berkumpul Di Wisma Bumiraya Untuk Mendengar Kes-Kes Baru DiBawah Kelolaan Dato’ Prof Wan Halim Othman Dan Di Bantu Oleh Puan Mariam Abdul.

Pada Tahun 2003 Beberapa Orang Wanita Telah Di Latih Oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Di Bawah Datuk Zaitoon Daud, Lecturernya Dato Daud Darus (DD). Mempelajari Dengan Lebih Mendalam Berkenaan Dengan Akta Keganasan Rumah Tangga, Undang2 Keluarga Islam, Akta Kanak2 2001 Dan Bagaimana Untuk Menghadapi, Menangani Dan Mencari Jalan Penyelesaian Bagi Setiap Kes.

Kami Melalui Pemeriksaan Ala-Ala Peguam, Meja Penuh Dengan Fail2 Rujukan Cukup Dengan Ujian Berbicara Dihadapan Hakim (Yang Betul) Dalam Moot Court. Moot Court Je Pun Tapi Hati Bergetar Dan Siap Kena Pakai Jubah Peguam Semasa Menerima Skrol.

Walau Kami Tidak Mahu Di Iktirafkan Sebagai Paraguam Oleh Menteri Wanita Ketika Itu Yang Juga Seorang Peguam Yang Belajar Bab Guaman Bertahun-Tahun, Namun Telah Ramai Wanita2 Yang Berhadapan Dengan Masalah Keganasan Rumah Tangga Telah Dapat Kami Bantu.

Dalam Menangani Isu Rumah Tangga Ni, Berbagai Ragam Manusia Yang Akak Jumpa. Ada Yang Bawak Gi Balai Untuk Buat Repot, Menangis Bagai Nak Ghak, Menyumpah Si Suami. Balik Je Rumah, Kena Pujuk Suami Yang Sujud Minta Ampun Maaf Tak Buat Lagi Siap Dengan Crocodile Tearsnya, Terus Tarik Balik Repot… Pastu Beranak Lagi, Pastu Kena Lagi.

Sama Jugak Ler Dengan Yang Punya Suami Penagih Yang Keluar Masuk Closed Universiti Untuk  Membuat Degree, Masters, PhD And So On…Setiap 2 Tahun Beranak. Malas Dah Nak Campur Orang2 Yang Tak Berpendirian Nih!

Belum Cerita Bab Suami Kaki Botol, Kaki Perempuan….

Sebenarnya Bukan Mangsa Je Yang Ada Masalah, Polis Penyiasat (IO) Pun Sama Gak. Instead Of Keluarkan Kertas Siasatan (IP) Agar Boleh Dipanjangkan Ke Pegawai Bahagian Interim Protection Order (IPO) Di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Untuk Di Bawa Ke Majistret Untuk Mendapatkan Order Ini, IO Ni, Dalam Surat Rasminya (Bukan Kertas Siasatan,Ya) Membebel Menjela-Jela Bab Hukum Hakam Berkenaan Dengan Tugas-Tugas Isteri Yang Sepatutnya Mengikut Perintah Suami!

Nak Jadi Ustazah Kalo, Pergi Ler Mohon Kerja Sebagai Penceramah Kat JAWI Dan Pertingkatkan Diri Dengan Bab-Bab An-Nisa’…Allahu… Kalau Kau Lah Yang Kena Pijak, Kena Terajang, Kena Tumbuk… Tu Polis Yang Nak Jadi Ustazah.

Akak Pernah Bawa Seorang Mangsa Yang Kurus Kering Buat Aduan Di Tempat Lain Sebab Mangsa Takut Untuk Buat Di Tempat Sendiri. Tapi Kena Juga Pergi Berjumpa Dengan IO Di Balai Tempat Tinggal Sendiri. The First Thing Yang Keluar Dari Mulut IO Ni “Tak Nampak Lebam Pun, Takde Luka Pun, Kena Pukul Kat Mana?”… Hangin Tul Akak, Rasa Nak Bagi Penampau Je Sedas Kat Muka Dia. Akak Cakap Kat Dia “Puan, Mangsa Ni Di Dera Mental Dan Emosi, Tu Pasal Beliau Jadi Begini…” Akak Nak Je Sambung Lagi..Kau Tak Pernah Baca Ke Pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga Yang Mengatakan Penderaan Emosi Dan Mental Termasuk Dalam Akta Ini ??...

Bila IO ni Enggan Untuk Teruskan Siasatan Sebab Takde Tanda Lebam Dan Luka, Akak Pun Minta Tolong OCPD Balai Setapak Untuk Terangkan Bab2 Akta Ini Kepada OCPD Sinun Tu Untuk Sekolahkan IO Yang Hanya Nak Tengok Luka Dan Lebam. Dengan Bantuan OCPD Balai Setapak Maka Mangsa Pun Dapat Ler IPO Satu Salinan, Sesalinan Lagi Di Sampaikan Kepada Pendera Oleh Seorang Pegawai Polis Dari Balai  Sinun.

DAN APABILA SI PENDERA MENDAPAT SESALINAN INTERIM PROTECTION ORDER INI, ANDAI PENDERA MELAKUKAN LAGI DERAAN TERHADAP MANGSA, SI PENDERA BOLEH DI TANGKAP TANPA WARAN.

Sekian,
Wabillahi Taufiq Walhidayah…



Wednesday, January 30, 2019

KELAS MEMBUAT SABUN JERAWAT

Kelas Buat Sabun Jerawat Ini Adalah Program CBE Anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Putrajaya Kuala Lumpur  Yang Telah Di Laksanakan Pada 19hb Januari 2019. Sabun Jerawat Yang Di Buat Adalah Natural Tanpa Bahan Kimia Bahaya.















Selain Dari Membuat Sabun Pencerah Dan Jerawat,
Peserta Dapat Mempelajari Teknik Swirling




KELAS MEMBUAT SABUN PENCERAH



Kelas Membuat Sabun Pencerah Anjuran Jabatan Pembangunan Wanita, Putrajaya & Kuala Lumpur  Ini Telah Di Laksanakan Pada 19hb Januari 2019. Sabun Muka Dan Badan Yang Di Buat Adalah Natural Dan Tanpa Bahan Kimia Bahaya.

Ramai Yang Tidak Tahu Bahawa Kebanyakkan Sabun Muka Atau Sabun Badan Komersial Bukanlah Sabun Sebenar Tetapi Ianya Adalah Bahan Pembersih (Detergent) Yang Mengandungi Pelbagai Bahan Kimia.

Masyarakat Dilambakkan Dengan Berita Tentang BAHAN TERLARANG Penyebab Kanser Kulit, Yang Di Campur Dalam Kosmetik Juga Sabun Muka Atau Sabun Mandi.

Akak Mengambil Inisiatif Ini Untuk Mengajar Bagaimana Menghasilkan Sabun Muka Atau Badan Berasaskan Bahan Ekstrak Alami/Natural, Dimana Ada Di Antaranya Yang Boleh Di Dapati Dari Dapur.































SWIRLING A CLARITY LOAF BAR


Asyik buat 100 gram dengan satu warna aje...boring ler pulak. So Akak kena belajar semula  mengira formula untuk buat LOAF BAR seberat 1.2 kilo dengan Teknik Swirling.

Formula Akak :
           
Air Suling                  20 Gram
Jenis Serbuk             ½ Tablespoon Each Setiap Serbuk
Jenis Minyak             ½ Tablespoon Each Setiap Minyak
Mica /Pewarna         ¼ Teaspoon Setiap Warna Ikut Suka
Pewangi                    25 Gram




                                     Ini Adalah Drop Swirl Yang First Time Akak Buat.





Macam Ada Orang Drop Bom Atom....And I Kinda Like This 

 More To Akak Punya Kind Of Coloring


Saturday, February 3, 2018




KHASIAT MINYAK KELAPA DARA
(VIRGIN COCONUT OIL)


~ Membantu Fungsi Sistem Daya Tahan Pada Tubuh, Melindungi Tubuh Daripada         
   Kanser Payudara, Kolon Dan Rahim

~ Berfungsi Sebagai Anti-Oksidan Dan Mengurangkan Radang Kronik

~ Melindungi Tubuh Dari Radikal Bebas Yang Meningkatkan Tahap Penuaan Dan Penyakit     Degenerative

~ Meredakan Gejala Yang Di Hubungi Dengan Pembesaran Prostate

~ Mengurangkan Tekanan Epileptic Dan Membantu Melindungi Tubuh Dari Penyakit             
   Ginjal Dan Infeksi Pundi Kencing.

~ Membantu Mencegah Sakit Liver Dan Memiliki Kandungan Kalori Yang Lebih Rendah 
   Berbanding Lemak Lemak Yang Lain

~ Memperbaiki Kandungan Asid Dalam Rahim Dan Bertindak Sebagai Agen Pelincir            
   Secara Alami (Natural)

~ Membunuh Kulat, Bakteria Dan Virus Atau Sakit Kulit Pada Kemaluan (Keputihan)

~ Amat Baik Bagi Mengatasi Masalah Menopos Wanita

~ Meningkatkan Tenaga Dan Daya Tahan Fizikal Dan Mental

~ Memperbaiki Pencernaan Dan Penyerapan Vitamin Vitamin Dan Asid Amino

~ Melancarkan Sekresi Insulin Dan Pengaliran Glukosa Dalam Darah Serta Mengurangkan 
   Risiko Kencing Manis

~ Mengurangkan Stress Pada Pankreas Dan Sistem System Enzim Dalam Tubuh

~ Meningkatkan Penyerapan Kalsium Dan Magnesium Untuk Tulang Dan Gigi Yang          
   Kuat Serat Melindungi Diri Daripada Serangan Osteoprosis

~ Mencegah Risiko Sakit Jantung

~ Mencegah Atherosclerosis Dan Strok Serta Membantu Menurunkan Tekanan      Darah 
   Tinggi

~ Mengurangkan Infeksion Dan Mencegah Garis-Garis Halus

~ Mengurangkan Gejala Psoriasis, Eksin Dan Dermatitis

~ MelembutDan Mengurangkan Kekeringan Serat  Kekenduran Pada Kulit

~ Memberi Perlindungan Dari Sinar UV

~ Membantu Mengurangkan Berat Badan Dengan Meningkatkan Angka Metabolic

~ Menyegarkan Dan Merawat Sel Kulit Menjadi Lebih Tegang (Elastic)


Source : Google


BENGKEL SULAMAN MANIK & LABUCI ASAS I & II

Ingin belajar menjahit Manik dan Labuci dengan teknik jahitan yang paling asas dan kemas? Ikutilah Bengkel Sulaman Manik dan Labuci yang akan diadakan ini : BENGKEL SULAMAN MANIK & LABUCI ASAS I Tarikh : 7hb Mei 2011 (Sabtu) Masa : 9.30 pagi hingga 4.30 ptg Tempat : Pusat Aktiviti Kanak-Kanak No 43-00-04, Projek Perumahan Rakyat, Gombak Setia, Kuala Lumpur Yuran : RM150.00 (Deposit RM50.00) Bahan-Bahan Yang disediakan : Kain Jarum / Benang / Pencucuk Benang Gunting 8 Jenis Manik & Labuci/ Warna Lakaran Corak & Nota Jamuan Ringan 12 Jenis Teknik akan diajar BENGKEL SULAMAN MANIK & LABUCI ASAS II Tarikh : 8hb Mei 2011 (Ahad) Masa : 9.30 pagi hingga 4.30 ptg Tempat : Pusat Aktiviti Kanak-Kanak No 43-00-04, Projek Perumahan Rakyat, Gombak Setia, Kuala Lumpur Yuran : RM150.00 (Deposit RM50.00) Bahan-Bahan Yang disediakan : Kain 8 Jenis Manik & Labuci/ Warna Lakaran Corak & Nota Jamuan Ringan 12 Jenis Teknik akan diajar Siapa yang perlu ikuti bengkel ini Suri Rumah Bakal Tenaga Pengajar Bengkel Sulaman Manik & Labuci Para Beliawanis Ibu Tunggal Bakal Graduan Golongan Pekerja yang ingin cari pendapatan sampingan Golongan Peniaga yang ingin mencari perniagaan sampingan Harga Istimewa untuk Ibu Tunggal Warga Emas Pelajar/ Graduan Persatuan/ Kelab (Sila dapatkan sebutharga melalui email : sarahashim1@yahoo.com atau telefon ditalian 019-6822871) Berminat untuk mengikuti bengkel-bengkel ini ? 1. Sila buat pembayaran atas nama Sarah Binti Hashim Akaun Bank Islam Malaysia Berhad No : 14-210-02-003754-3 2. Sms Nama, No KP & Tarikh Bengkel ke 019-6822871 3. Sila bawa bank-in slip dan serahkan ketika mendaftar sebagai bukti pembayaran TAWARAN ISTIMEWA Hadir Bengkel sehari RM150.00 Hadir Bengkel 2 hari berturut-turut RM200.00 Bersedia mengajar secara persaorangan Saya bersedia Mengajar Anda Secara Persaorangan Atau Berkumpulan Dirumah Anda, Tarikh Dan Hari ANDA TENTUKAN SENDIRI (Isnin Hingga Ahad – WAKTU SIANG di KUALA LUMPUR SAHAJA) asalkan tidak bertindih dengan Bengkel-Bengkel yang lain .....TANPA PENAMBAHAN KOS Hubungi segera : Puan Sarah Hashim ditalian 019- 6822871 atau email : sarahashim1@yahoo.com Rebutlah peluang ini segera !!!!!!!