Powered By Blogger

Thursday, March 19, 2009

TERKENANG WAKTU SILAM

Mula Berjinak-jinak Dalam Bidang Jahitan Ni Masa Mak Suruh Jahitkan Cushion cover Untuk Hari Raya. Masa Tu Umur Baru Masuk 13 Tahun Going On 24 Dan Tinggal Di Lorong Keramat 7, Kampung Datuk Keramat.

Pueh Membelek Sarung Kusyen (Kira Contoh Ler Tu) Yang Ada... Camana Gaya Nak Buat??? Memang Ler Kusyen Tu Square Je...Memang Lah Tak Payah Bagi Yang Dah Biasa Jahit, Kan? Belek Punya Belek, Lama Baru Dapat Cara Nak Membuat Er.

Masa Tu Pakai Mesin Jahit Singer (Toyoya Kayola) Tinggalan Arwah Mak. Sowwi Ler... Mak Yang Suwuh Jahit Sarung Kusyen Tu Adalah Mak Tiri Yang Bela Adik Beradik Sejak Abang Yang Sulong Berumur 9 Tahun Dan Akak 5 Tahun Lagi Bila Arwah Bapak Menikah Semula Selepas Kematian Mak Kami. Kita Panggil Beliau Mak Sonah Golang Lah, Ya.

Mak Sonah Golang Berasal Dari Kampung Sungai Lalang, Semenyih, Kajang.

Balik Ke Senario Jahit Kusyen....
Akak Teriak 'Ooo Mak, Zipnya Mana, Nak Dijahitkan Kat Sarung Ni Hah'. Mak Laung Dari Dapur 'Takyah Zip-Zip Deh, Kau Buatkan Tali Je ...Ikat.. Sarongkan Je Senang Macam Sarong Bantal Tu'...

Aisei...Kena Buat Tali Ler Pulak...Kena Tukar Strategik. Tu Ler Kali Pertama Akak Merekacipta Sarung Kusyen Berikat.

Tak Lama Lepas Tu, Mak Campak Kain Sambil Cakap 'Ni Hah, Tolong Jahitkan Ni, Ikut Baju Ni..' Alamaaaaak... Baju Melayu Cekak Musang!!!! Don't Worry... Be Happy... Semuanya Jadi.... Cantik Plak Jahitan Baju... Kemas Je... (Ni Kenyataan Bukan Angkat Bakul)..

Terima Kasih Tak Terrhingga Di Ucapkan, Kalau Mak Tak Buat Camtu Dulu Tak Tau Lah Apa Jadi. Jadi Manusia Gak Ler.

Walaupun Tak Pernah Belajar Dari Mana-Mana Institusi Jahitan Ketika Itu, Hanya Dengan Akal Fikiran Yang Diberi Allah Subhanahu Wataala, Jika Digunakan Dengan Cara Yang Baik, Maka Baik Lah Hasilnya....AMIIIIIIIIN