Powered By Blogger

Saturday, March 21, 2009

TERKENANG WAKTU SILAM

Teringat masa kerja sebagai Marketing Executive kat Pan Resorts Bhd dalam tahun 1990 hingga 1993. Pan Resorts ni sebuah syarikat yang mengendalikan Time Sharing Holidays. Yang masih ingat kawan-kawan sekerja: Marketing Department - Hider, Eddie (adik Aman Shah), Aaron Chiang (mamat ni dah masuk Islam, lupa plak nama Islam dia), Ellie, Azlan Azman) most of them graduate HotCat, ITM, Shah Alam...belajar HotCat...buat sales...wakakaka!), Roslan d Officerboy cum Despatch Rider, Zurina d receptionist, Sunidza alias Bongek - Customer Relations, Jane alias Cha'ah (nama betul dia Azhar...budak Cheras)..mak windu ko, nyah oi!!!

Sales Quota memang marvelous masa tu. Ada kala dapat close 5 at one time. Well... recommendation bagus dari good friend and ex colleague masa bekerja di Asie Group Of Companies, Tengku Mohd Zairuddeen. He had good connections in all the oil and gas companies...Shell, Esso, Petronas n what not. 

As the saying goes...Work Smart Not Hard and so did I. Orang lain jumpa customer hari-hari, cakap berbuih-buih, kita juz call office 'boss, I'm going to Terengganu ler so I won't be in the office today but I'll be back tomorrow aaar.?'
Tiket kapal terbang SiBongek dah tolong bookkan. Pergi sebelah pagi, petang dah rileks kat umah. Esok gi office serahkan sale kat boss...bukan 1 tapi 2. Ada sekali tu gi Esso, Port Dickson...close sale sampai 5, babe...Marketing Executive yang lain melopong je...


Bila dah reach quota, maka tak kan nak duduk je dalam ofis macam bangang, kan? Kadang-kadang keluar ikut Cha'ah jumpa geng-geng dia...JoJo kat kedai bunga BB Plaza, Seri kat Public Bank, Gina. Kitorang gi BB Plaza nak jumpa one of Cha'ah's gang yang kerja as promoter disitu. Mamat-mamat handsome pandang je sambil jerit 'Minah yang last sekali tu yang paling cun'. Mana tak cun nya, kita perempuan tulen, bang.


Dekat setahun tak kerja, customer dan bakal customer dah dikobeh dek Marketing Executive yang lain. Tak menjadi masalah. Nak jumpa customer baru tak boleh lagi sebab dah ada perubahan, resorts dan tempat penginapan dah bertambah jadi terpaksa duduk dalam ofis buat kajian. Tak best ler jumpa customer tergagap-gagap cerita pastu kita pulak yang terbelek-belek fail cari information. Kan elok kalau bercakap dengan customer, kita bercakap dengan lancar, customer yang belek fail tengok gambar-gambar dan tempat baru....main mata je...isy.. eye contact ler!
Elok juga kalau jumpa customer tu sorang-sorang, kalau dia bawak kawan yang SNIOP (Subject to Negative Information from Other People), bukak cerita lain je ler...set appointment baru.